Ya, ALLAH, aku menyukainya..
Jika dia mmg bukan untukku,
KAU jauhkanlah kesedihan dalam hati ini
KAU hilangkanlah rasa sedih dalam hati kecil ini
KAU kurniakanlah belas kasihmu kepadaku
Agar aku Redha dengan ketentuanMu
Ya ALLAH, aku amat menyukainya,
Jika memang dia bukan untukku,
KAU gembirakanlah hati ini dengan KasihMu,
KAU bawalah aku dekat denganmu Wahai Penciptaku,
Sesungguhnya Engkau yang menciptakan aku, dan Engkaulah memahamiku
Kasihanilah aku Ya Tuhanku,
Aku hanya manusia biasa, aku menangis bila terluka
Tapi aku tahu semua itu tidak berguna,
Aku tahu aku tidak perlu menagih kasih manusia
Hanya Engkau yg berkuasa meletakkan cinta dalam hati - hati manusia
Tempat yg benar untuk aku meminta, hanyalah padamu YA ALLAH
Ya ALLAH, Ya Rahman, Ya Rahim,
Aku mohon sepenuh hatiku,
Agar kesedihan ini berlalu
Aku tidak mahu bersedih atas kasih manusia
Sesungguhnya kasihmu, kasih yg kekal
KAU tidak akan pernah mengecewakanku,
KasihMu kasih yg tidak akan luntur dan kekal abadi
Beritahu hatinya mengapa aku tidak gembira atas kegembiraannya,
Aku tidak mampu berbuat itu, hanya KAU yg berkuasa untuk itu YA ALLAH,
Aku mohon pertolonganmu,
Aku mohon supaya dia tidak membenciku,
Aku mohon semua kembali seperti biasa, kami boleh bersahabat semula,
Beritahu hatinya YA ALLAH, aku merayu,
Jangan biar dia bersedih dengan tindakanku,
Bisikkan dalam hatinya kebenaran tentangku,
Aku amat menyukainya, dan aku bersedih atas berita itu,
Ya Rahman Ya Rahim, aku mohon Kau berilah kefahaman padanya atas segala tindakanku itu,
Aku sahabatnya, masakan aku tidak gembira atas berita gembiranya itu?
Dia cukup keliru dengan tindakanku tiada ucapan tahniah kuucap padanya.Ya Allah, aku mengasihaninya..
Dia cukup keliru dengan tindakanku tiada ucapan tahniah kuucap padanya.Ya Allah, aku mengasihaninya..
Beritahu hatinya YA ALLAH, agar dia tidak kesal dgn kelakuanku tempoh hari
Agar persahabatan yang terjalin pada bulan suci Ramadhan ini akan kekal Ya ALLAH,
KAU pertemukan kami atas satu sebab, tiada yg sia-sia
Jangan jauhkan silaturrahim ini, tolong aku perbaikinya
Tolong aku perbetulkan diri, dan perasaanku padanya,
Dia bukan milikku,aku faham itu
Aku terima
Qada' Qada ALLAH maha Kuasa..
Tiada yg dapat mengubah selain DIA
Aku akan berundur, tapi tolonglah, pelihara persahabatan kami,
Aku amat menyayangi persahabatan ini,
dan aku berdoa agar ia kekal YA ALLAH..
Tunjukkan hikmahnya kepadaku, agar aku sentiasa ingat KebesaranMu.
Sayangilah aku supaya aku tidak bersedih lagi atas kehilagan
Aku pohon kasihMu padaku YA ALLAH
Dia sahabat yg baik YA ALLAH, aku tak mahu dia bersedih,aku tak mahu kehilangan sahabat sepertinya. Dia sahabatku, dia berada disisiku sewaktu aku gembira,sedih, dan waktu-waktu aku mengadu perkara remeh padanya, dia mendengar keluhanku, tiada yg jemu baginya.
Alhamdulillah Ya Allah, KAU kurniakan sahabat sepertinya kepadaku. Terima kasih YA ALLAH
Alhamdulillah Ya Allah, KAU kurniakan sahabat sepertinya kepadaku. Terima kasih YA ALLAH
Aku tak mahu bersedih lagi
Usirkan rasa sedih ini pergi
Redhakan hatiku dengan KetentuanMU
Pasti ada yg lebih baik untukku,
Sesungguhnya, ada hikmah di sebalik sesuatu,
Aku menangis padaMU
Kau berikaku ketenangan hati,
KAU gembirakan hati ini.
Manusia tidak mampu melakukan ini
Hanya padaMU tempatku bergantung
Cintai aku YA ALLAH.
Bawaku dekat padaMU
Aku tidak akan rasa sendirian lagi
Padamu, aku memohon pertolongan,
Padamu, aku mengadu kesedihan..
Tolong aku YA ALLAH
Aku sedih sangat...Hilangkanlah rasa sedih ini YA ALLAH. Take it all away from my heart..I ONLY HAVE YOU NOW..
Thanks for writing this. ^^
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete